makanan turunkan kolesterol

Cara Mengurangkan Kolestrol Dengan Makan

cara mengurangkan kolestrol

Terdapat pelbagai langkah atau cara mengurangkan kolestrol yang boleh dipraktikan.Ketika kolesterol berlebihan mendap pada dinding arteri, maka aliran darah di jantung, otak, dan bahagian tubuh lainnya boleh lemah. Dengan kata lain, kolesterol tinggi meningkatkan risiko seseorang terkena penyempitan arteri atau aterosklerosis, penggumpalan darah di bahagian-bahagian tubuh tertentu, stroke ringan, stroke, dan serangan jantung.

cara menurunkan kolesterol

Kadar kolesterol yang tinggi juga dapat menyebabkan rasa sakit di dada bahagian depan atau pada lengan (angina) ketika seseorang mengalami stress atau melakukan kegiatan fizik yang berat. Selain itu, kolesterol tinggi juga meningkatkan risiko seseorang terkena penyakit jantung koroner.

Pelbagai makanan yang anda boleh sajikan atau menjamu tetapi pernahkah anda mengambil berat berkenaan dengan kalori setiap makanan itu? Bagi yang ingin menghindari masalah kolesterol ada baiknya jika anda mula mempertimbangkan makanan sihat antikolesterol. Berikut disenaraikan cara mengurangkan kolestrol dengan makanan yang melindungi  pembuluh darah anda.

cara mengurangkan kolestrol

Bubur Gandum dan Oat

Oat mengandungi serat larut (soluble fiber) yang boleh mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) anda. Soluble fiber juga boleh ditemui pada makanan lain seperti kacang buncis, epal, buah pir, barli dan buah prun. Serat yang larut diyakini mampu menurunkan penyerapan kolesterol dalam proses pencernaan anda. Mengambil 10gram lebih serat larut setiap hari dapat menurunkan kadar LDL. Setiap 1 ½ cawan oat yang anda makan mengandungi 6 gram serat. Jika anda tambahkan buah-buahan seperti pisang, anda menambah 4 gram lebih serat.

Walnut, Badam dan Jenis-jenisnya

Pelbagai kajian menunjukkan walnut adalah cara mengurangkan kolestrol dalam darah. Kacang ini mengandungi banyak asid lemak tak tepu (polysaturated fatty acids) yang dapat membuat pembuluh darah tetap sihat dan elastik. Kacang badam juga memiliki kebaikan yang tidak jauh berbeza. Penurunan kolesterol boleh anda rasakan selepas mengamalkan pemakanannya selama empat minggu. Diet untuk menurunkan kolesterol dengan 20 peratus sumber kalori berasal dari walnut dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol LDL sehingga 12 peratus. Kekacang umumnya berkalori tinggi. Hanya dengan segenggam kekacang yang tidak melebihi 57 gram cukup memberi kebaikan untuk anda. Namun, harus anda ingat, jika anda mengambilnya dengan makanan lain, jangan berlebihan. Makan berlebihan boleh membuat anda kegemukan dan meningkatkan risiko serangan jantung.

Ikan dan asid lemak Omega-3

Banyak kajian yang dilakukan berkenaan dengan asid lemak omega-3 mengatakan cara mengurangkan kolestrol yang terbaik dalam badan. Asid lemak omega-3 juga membantu jantung dengan pelbagai cara seperti menurunkan tekanan darah dan megurangkan risiko pembekuan darah. Pada pesakit yang sudah mengalami serangan jantung, minyak ikan atau asid lemak omega-3 dikatakan berkait secara signifikan dengan penurunan risiko kematian mendadak. Para doktor biasanya menyarankan memakan ikan minimum dua kali seminggu. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega-3 adalah seperti ikan makarel, ikan herring, sardine, tuna albacore dantuna. Perlu diingati untuk mempertahankan faedah ikan bagi kesihatan, sebaiknya ikan dipanggang atau dibakar di dalam oven.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi campuran antioksidan yang berpotensi untuk menekan kolesterol tanpamengganggu kadar kolesterol baik (HDL) anda. Badan FDA menyarankan agar kita mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun setiap hari untuk menjaga jantung agar tetap sihat. Cara mengurangkan kolestrol terbaik menambah minyak zaitun didalam menu anda adalah dengan mencampurkannya dengan sayuran, perencah basah atau mencampurkannya dengan cuka sebagai pelengkap salad. Anda juga boleh menyapu sedikit pada daging sebagai pengganti mentega. Beberapa kajian menyarankan bahawa kesan minyak zaitun dalam penurunan kolesterol adalah lebih besar jika anda menggunakan minyak zaitun tulin. Minyak jenis ini tidak melalui proses pengolahan dan penambahan zat kimia yang diyakini mengandungi lebih banyak antioksidan yang menyihatkan.

Gejala Kolesterol Yang Harus Anda Perhatikan

Berikut ini adalah gejala kolesterol yang umum terjadi dan penting anda ketahui diantaranya :

  • Kram pada sebelah malam

cara mengurangkan kolestrol

Orang yang mempunyai kolesterol akan berasa kram pada bahagian kaki, tumit, dan bahagian bawah kaki ketika sedang tidur. Jika ada merasa keadaan tersebut, anda perlu alaskan kaki dengan bantal atau boleh sandarkan kaki pada dinding supaya lebih tinggi dari kepala. Keadaan ini supaya darah dapat turun ke bawah sehingga hilang rasa ngilu.

 

  • Rasa kebas-kebas pada kaki

cara mengurangkan kolestrol

Kebas-kebas kaki merupakan gejala klaudikasino atau gejala yang terbiasa terjadi dimana ngilu pada bahagian kaki atau munculnya perasaan yang tidak selesa pada kaki ketika tengah melakukan aktiviti. Rasa kebas-kebas ini akan berjangkit pada semua kaki, paha, betis dan sehingga bawah punggung. Gejala ini akan hilang saat anda berjalan atau gerakan lain dan gejala ngilu tersebut akan muncul balik jika kaki digunakan dalam waktu yang lebih lama.

 

  • Tegang pada belakang tengkuk

cara mengurangkan kolestrol

Gejala kolesterol yang kebiasaan dirasakan adalah tegang pada belakang tengkuk atau berat bahagian bahu dan kepala. Hal ini disebabkan oleh pengaliran oksigen yang kurang pada tubuh. Kepala yang terasa berat juga disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah akibat lemak yang tertutup oleh kolesterol.

 

  • Perubahan bentuk kuku

cara mengurangkan kolestrol

Jika seseorang memiliki kadar kolesterol yang tinggi mampu mengakibatkan perubahan pada kuku. Gejala kolesterol berupa perubahan kuku ini diakibatkan kuku tidak memperolehi darah yang cukup disebabkan aliran darah yang mengalami gangguan. Gejala perubahan pada kuku tersebut ditandai dengan kuku yang semakin menebal dan tumbuh lebih lambat dibanding biasanya saat anda memotongnya.

Cara Mengurangkan Kolestrol

Untuk anda penderita gejala kolesterol tinggi anda mampu mengatasinya dengan melakukan cara-cara berikut :

  • Berhenti minum alkohol dan merokok.
  • Tingkatkan pengambilan sayuran, karbohidrat kompleks dan buahan.
  • Amalkan bersenam untuk meningkatkan trigliserida dan kadar HDL.
  • Lakukan gaya hidup sihat dengan diet rendah kolesterol dan lemak jenuh.
  • Kurangi malah hindari makanan berkolesterol tinggi seperti dari seafood (sotong, kerang, udang dan lain-lain), kambing/lembu/ayam, sosej, kuning telur ayam.
  • Periksa kadar kolesterol secara berkala paling tidak 2 kali setiap 6 bulan jika ada warisan hiperlipidemia untuk mencegah komplikasi yang tidak diharapkan.
  • Mengamalkam minyak ikan yang tinggi asam lemak omega 3 yang mampu mengurangi kadar kolesterol darah.
  • Amalkan makanan yang mengandungi serat untuk meminimakan penyerapan lemak pada usus halus yang mengakibatkan penurunan kandungan lemak pada darah.

Dengan mengetahui maklumat penyakit, gejala kolesterol, dan cara mengatasinya kita boleh meningkatkan langkah-langkah berwaspada untuk segera mencegah dan mengubatinya supaya tidak semakin parah.

Berikut Salah Satu Testimoni Yang Kadar Kolesterolnya Turun Setelah Mengamalkan Jus Jiebee Healthy :

cara mengurangkan kolestrol

Nama : Abdullah Bin Che Su

Tempat Tinggal : Langkawi, Kedah

Umur : 43 tahun

Hanya pengambilan 2 botol Jus Jiebee terus nampak kesan pada badan. Pengambilan botol pertama kerap membuang samada air besar dan air kecil. Perut rasa sangat selesa dan pada waktu pagi selalu sendawa buang angin. Bacaan darah tinggi juga menurun selepas pengambilan botol kedua pada bacaan yang sangat normal. Bacaan kolesterol sebelum ini ialah 7.66 mmol/L dan dah turun pada 4.30 mmol/L pada bulan Januari.

cara mengurangkan kolestrolcara mengurangkan kolestrol

 

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *