khasiat halia

7 Khasiat Halia Untuk Wanita

Khasiat Halia. Halia sememangnya tidak asing dalam kehidupan kita kerana ia banyak digunakan di dalam masakan. Halia menjadi ramuan penyedap! Halia telah digunakan sejak lebih dari 500 tahun sebagai perasa makanan dan ubat. Dalam zaman pertengahan (100 – 1400) halia digunakan untuk mengubati wabak penyakit plaque yang melanda benua Eropah.

khasiat halia

cara menurunkan kolesterol

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit seperti angin dalam badan,sakit  kepala, sistem penghadaman bermasalah, muntah, cirit-birit, asma dan pengaliran darah bermasalah.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu merawat mati pucuk, lemah tenaga batin, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan juga darah haid berbau hamis.

Khasiat Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses penghadaman, melembutkan dinding perut, dan sebagainya. Malah halia juga dapat meningkatkan kekuatan seks dan meningkatkan pengeluaran sperma.

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia (Zanjabil)

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17). Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini perkongsian sedikit khasiat halia yang kurang gemari jika dibuat air, tapi paling digunakan dalam masakan harian.

 

Khasiat Halia Untuk Wanita

1.Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.

Khasiat Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2.Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan

khasiat halia

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3.Pencegahan Demam dan Selesema.

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

khasiat halia4.Rawatan Kanser ovari.

Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

5.Perut kejang kerana haid

Halia didapati berkesan sama seperti ubat ibuprofen yang bertindak untuk membantu melegakan kekejangan perut semasa haid.

6.Membuang Angin

Ramai yang tahu, air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam dapat membuang angin di dalam usus. Malah air rebusan halia ini sangat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

7.Mengurangkan Morning Sickness.

Perkara paling biasa terjadi pada awal kehamilan ialah morning sickness, iaitu loya dan muntah-muntah biasanye berlaku pada waktu pagi. Keadaan ini biasanya berakhir dalam trimester kedua kehamilan. Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

khasiat halia

 

Resepi Air Halia

Resepi 1

Air Halia + Gula Melaka/Merah + Madu

  1. BAHAN-BAHANNYA :

500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :

  1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.
  2. Rebus di dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  3. Matikan api dan biarkan air halia menjadi suam.
  4. Tapis ke dalam bekas sesuai.
  5. Tambah madu/gula secukup rasa.

Resepi 2

Air Halia Aroma Pandan

BAHAN-BAHANNYA :

500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa
Daun Pandan 6”

CARA MEMBUATNYA :

  1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.
  2. Rebus di dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  3. Masukan daun pandan 6”-8“ yang dipintal kemudian matikan api.
  4. Tutup periuk dan biarkan air halia menjadi suam.
  5. Tapis ke dalam bekas sesuai.
  6. Tambah madu/gula secukup rasa

Resepi 3

Air Halia Aroma kayu manis (Cinnanom)

BAHAN-BAHANNYA :

500-700 ml air
1 inci halia tua
1 sudu besar gula melaka/merah
madu/Gula pasir secukup rasa
1” Kayu manis / Serbuk kayu manis

CARA MEMBUATNYA :

  1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis.
  2. Rebus di dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  3. Masukan kayu manis 1” / tabur sedikit serbuk kayu manis. Matikan api dan biarkan air halia menjadi suam.
  4. Tapis ke dalam bekas sesuai.
  5. Tambah madu/gula secukup rasa.

 

Testimoni

khasiat halia  khasiat halia

 

Pengguna Jus Jiebee Puan Siti Aishah bt Khalib ( Eisya Maneisya) yang beralamat di Kulim, Kedah telah mencuba ikhtiar minum Jus Jiebee untuk membantu masalah tekanan darah beliau. Bacaan darah tinggi Puan Siti sebelum ini ialah 155 / 110 dan telah turun pada bacaan 117 / 97 selepas 5 hari penggunaan walaupun semasa pemeriksaan, beliau mengalami sakit kepala.

Puan Siti juga mengalami masalah yang kebanyakkan kaum wanita akan alami iaitu darah kotor (period) keluar dalam kuantiti yang sedikit. Masalah period tidak teratur dan keluar sedikit ini menunjukkan ketidakstabilan hormon estrogen. Hal ini juga akan menyebabkan kita mengalami penyakit lain contohnya penyakit cyst. Alhamdulillah, dengan pengambilan Jus Jiebee salur darah dapat di cuci dan darah kotor keluar dengan banyak sehingga meleleh seperti orang yang hadapi keguguran.

TOLONG !!! TOLONG !!! TOLONG !!! Sayangilah diri kita wahai kaum wanita. Kalau ada tanda-tanda masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan. Bertindak segera dan bijak mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan. Kaum wanita mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit terutama kanser. Semoga perkongian ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Cegah sebelum menjadi lebih parah. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

khasiat halia

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *