mati pucuk

Mati Pucuk Akibat Kencing Manis

Apabila seorang lelaki mengalami ketidakupayaan dalam memperoleh atau mengekalkan ketegangan zakar yang cukup lama sehingga kedua-duanya suami dan isteri dapat mencapai kepuasan hubungan seks, lelaki ini mungkin mengalami masalah “mati pucuk” atau lebih tepat mengalami masalah ketegangan zakar.

Mati pucuk bermakna zakar suami tidak boleh menegang (mengeras) langsung ketika dia mempunyai syahwat. Ia juga bermakna seorang lelaki tidak mampu mengekalkan ketegangan zakarnya sehingga isterinya mendapat kepuasan dalam hubungan seksual.

cara menurunkan kolesterol

Punca utama masalah ini selalunya disebabkan oleh penyakit kencing manis dan kandungan kolesterol yang tinggi sehingga menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis). Apabila seorang pesakit tidak dapat mengawal gula atau kolesterol yang tinggi dalam darah, secara beransur-ansur masalah ketegangan zakar akan muncul.

mati pucuk

Secara purata 10 peratus lelaki yang berumur di antara 40 hingga 70 mengalami mati pucuk kronik. 25 peratus mengalaminya secara sederhana. Hampir semua lelaki akan mengalami mati pucuk apabila semakin tua. Apatah lagi jika ada penyakit kencing manis.

The Boston University Medical Center melaporkan, bahawa separuh lelaki yang telah disahkan ada penyakit kencing manis jenis 2 mengalami mati pucuk 5 hingga 10 tahun setelah didiagnos. Jika lelaki-lelaki tadi ada penyakit jantung, kemungkinan untuk mati pucuk lebih besar.

Namun, keputusan kajian tahun 2014 menyarankan jika pesakit kencing manis menjalani gaya hidup yang sihat, ia akan mengurangkan simptom penyakit dan meningkatkan kesihatan seksual. Ini termasuklah makan diet yang seimbang dan rajin bersenam.

Kencing manis dapat menyebabkan kerosakan sistem saraf dalam beberapa kes, hal ini dikenali sebagai kencing manis neuropati.  Ini adalah disebabkan oleh potensi kencing manis (diabetes) untuk merosakkan jaringan ereksi untuk membuat ereksi menjadi mustahil untuk dicapai oleh seseorang lelaki. Kencing manis dan mati pucuk berkaitan dengan sistem saraf dimana gagal mengawal tahap gula dalam darah mengakibatkan kerosakan saluran darah halus dan juga saraf.

Mati Pucuk Akibat Kencing Manis :

1.Gagal menguruskan kandungan gula dalam darah (glukosa darah)

  • Makan makanan yang kurang diproses, diet anti-keradangan – pengambilan sumber protein, serat dan lemak yang sihat dalam hidangan anda boleh membantu anda menstabilkan gula dalam darah
  • Gantikan karbohidrat & pemanis – menggunakan bahan semulajadi dan merupakan sumber gula organic seperti buah-buahan dan madu adalah lebih kurang berisiko untuk menyebabkan peningkatan gula dalam darah berbanding gula tebu putih atau produk yang dihasilkan daripada tepung gandum putih yang telah diluntur.

2.Tertekan / Mengalami depresi

  • Tekanan berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat disebabkan oleh pembebasan hormone tekanan yang banyak iaitu kortisol. Tekanan juga menyebabkan rasa teringin mendapatkan makanan yang menyenangkan serta menyebabkan tidur yang tidak mencukupi.
  • Dalam mengawal tekanan, secara tidak langsung akan membawa kepada pengamalan tabiat yang sihat di mana ia akan membawa kepada gula dalam darah yang normal. Sebagai contoh, meninggalkan senaman, minum banyak alhokol dan kaffein antara amalan yang dilakukan oleh golongan dewasa yang mengalami tekanan. Tabiat yang membahayakan ini bahkan boleh menyebabkan tekanan bertambah sekaligus menggangu kawalan gula dalan darah.

3.Diet yang tidak sihat

  • Satu diet yang sihat adalah kunci kepada pengawalan gula dalam darah dan cara untuk mencegah diabtes. Bukanlah bermakna anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil mana-mana karbohidrat atau gula. Apa yang anda perlukan hanyalah menyeimbangkan semua itu bersama protein atau lemak dan berusaha untuk mendapatkan makanan yang tidak diproses.

4.Tidak bersenam

  • Anda sebenarnya telah sedia maklum bahawa terdapat banyak faedah dengan bersenam. Menurut the National Diabetes Association, bersenam berupaya untuk mengawal gula dalam darah bukan hanya dengan satu cara. Senaman ringkas membantu sel-sel dalam otot anda untuk menggunakan lebih banyak glukosa untuk ditukarkan kepada tenaga serta bagi pembaikan tisu.
  • Sekaligus ia akan menurunkan kandungan gula dalam darah. Manakala, senaman jangka masa panjang pula boleh menjadikan sel lebih bertindak balas kepada insulin dan membantu mengelakkan kerintanganan insulin.

5.Obesiti / Berat badan berlebihan

  • Laki-laki yang kegemukan (obesiti) mempunyai peluang mengalami Mati Pucuk (DE) dalam umur 14 tahun, lebih besar 90% dibanding yang berat badannya normal. Obesiti merupakan salah satu punca yang utama disebabkan oleh badan mempunyai glukosa yang berlebihan.
  • Berat badan berlebihan terutamanya pembentukan lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan pengeluaran testosterone menurun.

6.Merokok

  • Kebiasaan merokok memberikan risiko terjadinya Mati Pucuk (DE) hingga 2,74 kali ganda berbanding bukan perokok. Rokok mengandungi pelbagai bahan bahaya termasuk nikotin. Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat.

7.Angin Gastrik terlalu banyak dalam perut

  • Angin yang dibiar terlalu lama dalam badan akan sebabkan tekanan kepada seluruh organ. Sebab itu, mereka yang alami gastrik mudah terasa sakit pada bahagian telur sekaligus menyebabkan mati pucuk.

8.Pengambilan ubatan untuk masalah

  • Penggunaan ubat-ubatan yang banyak juga boleh menjejaskan keadaan prostat kerana kandungan dalam ubat yang berkimia terutama pengambilan ‘ubat kuat’ secara rambang yang banyak terdapat di pasaran yang mana ada di antaranya tidak berdaftar dan boleh menyebabkan kemudaratan pada diri kaum lelaki.
  • Jika pesakit jantung yang ada mengambil ubat jantung yang dinamakan nitrate dan di ambil sekali dengan rawatan ubat untuk menegangkan zakar boleh menyebabkan penurunan darah yang mendadak apabila diambil bersama ubat nitrate dan menyebabkan serangan jantung.

Kepada pesakit kencing manis yang mengalami masalah mati pucuk ini, disarankan agar mengubati penyakit kencing manis itu terlebih dahulu. Jika kencing manis dapat dikawal, semestinya anda akan mendapat kembali sifat kelakian anda tersebut.

Terdapat banyak cara rawatan kencing manis secara moden dan juga tradisional. Pengambilan supplement turut digalakkan.

Jus Jiebee

Jus Jiebee merupakan penemuan ramuan semulajadi yang dapat membantu masalah salur darah dan kencing manis. Gabungan 7 bahan semulajadi iaitu madu, delima, cuka pati epal, halia, bawang putih, lemon dan almanna (Arabic gum). Ramuan ini kebiasaannya selalu sinonim kepada kaum wanita yang selalu berada di dapur. Setiap kajian bahan ini menunjukkan khasiat pada mencuci salur darah dan melancarkan pengaliran darah.

mati pucut

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *