darah tinggi

Terokai Penyebab Darah Tinggi Dan Cara Atasinya

Penyebab  tekanan darah tinggi terjadi kerana banyak faktor. Seperti yang diketahui umum, penyakit tekanan darah tinggi bukanlah salah satu penyakit yang asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya. Selain itu, penyakit yang nama spesifikasinya hipertensi juga hanya penyakit yang dialami orang yang memiliki usia lanjut tetapi juga dialami oleh beberapa orang yang muda.

tekanan darah tinggi

cara menurunkan kolesterol

Tekanan darah tinggi adalah pengiraan daya darah yang menolak dinding saluran darah. Jantung akan mengepam darah ke dalam saluran darah, yang membawa saluran darah ke seluruh badan. Ia adalah berbahaya kerana menjadikan jantung berfungsi lebih laju untuk mengepam darah ke tubuh dan menyumbang kepada pengerasan arteri, strok, penyakit buah pinggang dan kegagalan jantung.

Ramai yang tidak tahu bahawa hipertensi ini juga tergolong sebagai “pembunuh senyap” (silent killer). Ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala dan ramai masih tidak menyedari mereka sebenarnya menghidapi penyakit hipertensi.

tekanan darah tinggi

Jantung adalah otot yang mengepam darah ke seluruh badan. Darah yang mempunyai tahap oksigen yang rendah dipam ke arah paru-paru di mana bekalan oksigen diisi semula. Darah yang kaya oksigen kemudiannya dipam oleh jantung ke seluruh badan untuk membekalkan otot dan sel. Mengepam darah akan menghasilkan tekanan. Sekiranya seseorang mempunyai tekanan darah tinggi, bermakna dinding arteri menerima terlalu banyak tekanan secara berterusan. Penyebab hipertensi sering tidak diketahui.

Penyebab Darah Tinggi Berlaku :

tekanan darah tinggi

  • Penyempitan Arteri – Penambahan usia menyebabkan tekanan darah meningkat kerana arteri menjadi lebih keras dan sempit terutamanya di jantung, otak dan buah pinggang.

 

  • Penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ adalah penyebab utama tekanan darah tinggi kerana buah pinggang tidak menapis cecair dan lebihan cecair ini akan membawa kepada tekanan darah tinggi.

 

  • Keadaan kesihatan yang sedia ada iaitu penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, penyakit ginjal kronik dan paras kolesterol tinggi boleh menyebabkan hipertensi terutamanya apabila usia semakin tua.

 

  • Risiko adalah sama bagi lelaki ataupun perempuan. Tetapi lelaki lebih mudah menderita hipertensi pada usia yang lebih muda. Namun, kecenderung lebih tinggi kepada wanita yang lebih berusia.

 

Faktor lain yang menyebabkan darah tinggi adalah :

  • Merokok – Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok meresap ke aliran darah. Bahan kimia seperti tar dan nikotin boleh merosakkan dinding arteri dan mengurangkan keanjalannya. Ini juga boleh menyebabkam kolestrol yang berlebihan tersumbat di saluran arteri. Selain tar, nikotin atau karbon monoksida, terdapat 2000 bahan kimia lain terdapat pada setiap rokok.

 

  • Berat badan berlebihan  atau obesiti – Kelebihan berat badan adalah masalah penyebab darah tinggi muncul. Termasuk risiko penyakit lain seperti gangguan ginjal, kolesterol dan juga jantung. Bagi penghidap obesiti kita perlu menyediakan ubat darah tinggi yang sesuai dan selamat agar serangan darah tinggi tidak menimbulkan gangguan pada organ yang lain.

 

  • Kurang aktiviti fizikal – Sistem peredaran darah yang tidak lancar kerana kurangnya pergerakan yang boleh menyebabkan darah tidak lancar. Keadaan ini membuatkan darah dalam salur darah menjadi lemah dan jantung juga memproses pengeluaran darah ke seluruh badan menjadi lemah.

tekanan darah tinggi

  • Pengambilan garam berlebihan – Garam mengandungi dua bahan asas iaitu sodium dan klorida. Garam diperlukan untuk menyeimbangkan kandungan cecair dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik bagi membolehkan transmisi saraf serta oengecutan otot. Apabila kandungan garam dalam darah sangat tinggi, buah pinggang tidak dapat lagi mengurangkan paras garam ke tahap normal dan garam ini kekal di dalam darah.

 

  • Pengambilan alkohol berlebihan – Minum minuman keras secara berlebihan boleh memberi kesan kepada pengaliran darah. Ini disebabkan salur darah tersekat akibat kandungan garam yang berlebihan ditambah minuman yang beralkohol. Air minuman ini boleh member kesan yang sama kepada saluran darah dan boleh meningkatkan risiko terjadinya stroke atau angin ahmar. Keadaan ini berlaku apabila jantung tidak berfungsi dengan baik.

 

  • Tekanan atau stress – Stress juga menjadi punca pada masalah darah tinggi seseorang menjadi naik. Keadaan jiwa yang kurang stabil boleh menyebabkan kita kekurangan oksigen kerana jantung kita lemah untuk mengepam darah keluar bagi mengalirkan darah yang terkandung oksigen untuk sampai ke kepala dengan baik.

 

  • Genetik – Faktor ini adalah berkaitan dengan keturunan penghidap darah tinggi. Walaupun faktor ini menyumbangkan kepada kebarangkalian yang besar, tetapi sehingga kini pakar genetik masih belum dapat memastikan bahagian gen yang menjadi punca menurunkan penyakit darah tinggi.

Tanda-tanda Darah Tinggi :

Satu pertiga daripada rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami tekanan darah tinggi. Ini kerana penyakit tekanan darah tinggi yang biasa tidak mempunyai apa-apa simptom kecuali jika tekanan darah terlampau tinggi.

 

Kebanyakan pesakit hanya mengetahui mereka mempunyai masalah tersebut ketika mana mereka melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik, farmasi ataupun tempat yang melakukan perkara tersebut. Ada juga sebahagian yang dikesan mempunyai tekanan darah yang tinggi ketika mana datang berjumpa dengan doktor atas sebab penyakit yang lain.

Beberapa simptom ataupun tanda seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi adalah:

  • Sakit kepala
  • Pemandangan menjadi kabur
  • Muntah-muntah
  • Sakit dada
  • Rasa berdebar-debar

Kesemua tanda tersebut selalunya berlaku jika tekanan darah terlampau tinggi. Oleh itu, untuk mengetahui samada anda mempunyai tekanan darah tinggi ataupun tidak adalah dengan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Cara Mengatasi Darah Tinggi :

Beberapa perkara yang boleh dibuat untuk mengelakkan:

  • Mengekalkan berat badan ideal. Jika anda obess, maka kena berusaha untuk mengurangkan berat badan
  • Melakukan senaman setiap minggu
  • Mengambil makanan yang kurang garam dan lemak
  • Kurangkan ataupun berhenti minum alkohol
  • Berhenti merokok. Kerana nikotin dalam rokok akan meningkat tekanan darah
  • Elakkan penggunaan dadah seperti kokain ataupun amfetamin

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *