kuruskan badan

Sebab Susah Kurus Selepas Bersalin

kurus selepas bersalin

Siapa yang tak nak cepat kurus, lebih-lebih lagi bila selepas bersalin? Betul tak? Tapi bukan senang nak kurus. Perlu berusaha dan kerja keras kerana untuk mendapatkan berat badan idaman memang mengambil masa.

cara menurunkan kolesterol

Masa mengandung lagi mungkin ada ibu-ibu yang dah rasa stress dengan kenaikan berat badan masing-masing. Bila dah bersalin, badan pula menggeleber dan tidak seperti waktu zaman anak dara dulu. Hakikatnya, bukan mudah nak turunkan berat badan selepas bersalin dan kembali ke bentuk asal.

“Aduh, baby dah nak masuk 3 bulan tapi nampak berat badan aku masih juga sama. Stress betullah…Macam mana nak turunkan berat badan selepas bersalin ni ya?”. “Lambatnya nak muat semula baju dan seluar lama ni. Padahal ‘baby’ pun dah 6 bulan. Kenapalah susah nak ‘kempis’ balik ni. Dah banyak tips kurus lepas bersalin yang aku ikut. Tak cukup lagi ke?”.

Persoalan ini sering bermain di minda para ibu selepas sahaja bersalin. Bertenang, ini sebenarnya masalah yang paling biasa di alami oleh ibu-ibu. Sebenarnya, ada beberapa penyebab yang menyebabkan seseorang susah nak kurus semula lepas bersalin.

 

5 Sebab Susah Kurus Selepas Bersalin

  • Kurang Tidur

Kurang tidur memang normal bagi kebanyak ibu berpantang untuk tidur akibat melayani keperluan bayi. Apabila tidur anda terganggu, paras kortisol (hormone yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) akan meningkat, lalu menyebabkan metabolism ibu tidak efisyen untuk membakar kalori.

Untuk menstabilkan paras kortisol, anda juga boleh cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein atau perkara yang membuat anda stress.

kurus selepas bersalin

  • Makan Makanan Bayi

Kalau bayi anda tak habis, anda tak mahu membazir dan memakannya. Atau selera pada makanan bayi terasa. Tabiat ini menjadikan anda sebenarnya ‘makan 2 kali’ tanpa disedari. Perlu diingat, makanan bayi juga mengandungi kalori yang perlu dibakar.

Oleh itu, jangan ringankan tangan anda untuk mengambil makanan bayi, walaupun mereka tak habis. Sebaliknya, simpankan dan tunggu waktu makan anda yang sepatutnya.

kurus selepas bersalin

 

  • Multitasking

Apabila dah bergelar seorang ibu, memang pelbagai kerja rumah yang kita perlu lakukan dan juga kita perlu memberi perhatian kepada anak. Banyak ‘multitasking’ ini memang efisyen, tapi ia boleh menjadi punca anda kurang tumpuan terhadap makanan yang dimakan.

Kadang-kadang tu sampai lupa nak makan. Eh, tak sempat makan patutnya senang kurus selepas bersalin kan? Tidak. Sebenarnya anda cenderung memakan snek apabila anda tidak dapat duduk untuk makan dengan tenang.

Biasanya, memang sukar untuk seorang ibu dapat makan dengan ‘normal’ sejak kehadiran bayi. Namun, jangan bergantung kepada snek kerana ia mempunyai kualiti kalori yang tidak baik.

kurus selepas bersalin

  • Makan Sambil Berdiri

Tak sempat nak duduk makan, bayi dah menangis. Jadi kita pun sumbatlah apa yang oleh sebelum melayan bayi. Semasa di dapur, kita pula makan sambil memasak makanan bayi. Tabiat makan berdiri ini menjadi punca makan berlebihan yang tidak disedari.

kurus selepas bersalin

  • Fokus Penjagaan Bayi

Benar, bayi anda kini adalah segala-galanya buat anda. Namun, janganlah mengabaikan kesihatan dan penampilan sendiri. Ia akan menjadikan ada tidak fokus terhadap matlamat anda.

Sebenarnya, kesihatan anda sama penting, dan mungkin lebih penting berbanding kesihatan bayi kerana andalah penjaga mereka!

kurus selepas bersalin

Tips Kurus Selepas Bersalin

 

  • Amalkan Pemakanan Sihat Sejak Mengandung – Sejak mengandung lagi, sebaiknya tabiat pemakanan telahpun dikawal. Kehamilan tidak boleh dijadikan satu alasan untuk anda ‘makan bagi 2 orang’. Peningkatan berat badan mendadak semasa hamil adalah tidak sihat dan boleh mengundang risiko terhadap kehamilan.

 

  • Penyusuan Badan – kajian menunjukkan bahawa menyusu badan dapat meningkatkan tahap metabolism ibu. Lemak-lemak degil di bahagian pinggul, peha dan perut mudah disingkirkan. Banyakkan pengambilan protein dan air untuk menggalakkan penghasilan susu. Sekurang-kurangnya susukan bayi anda secara ekslusif hingga 6 bulan dan jika mampu teruskan lagi sehingga usia 2 tahun.

 

  • Aktif Bergerak – Banyakkan berjalan di dalam rumah atau mendukung bayi sambil mendodoikannya. Pergerakan ini dapat membantu otot-otot kembali kuat dan mengekalkan paras jisim tulang yang sihat.

 

  • Pakai Bengkung – Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, badan secara automatic akan rasa cepat kenyang. Ia juga berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan. Bagi yang bersalin secara pembedahan (czer) adalah disyorkan untuk memakai bengkung moden tanpa perlu mengikat.

 

  • Bertungku – haba daripada herba berkhasiat dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dalam badan. Badan akan terasa lebih segar dan ringan. Amalkan bertungku selepas mandi pagi dan malam untuk mendapatkan manfaat bertungku sepenuhnya.

 

  • Banyakan Minum Air Kosong – Ibu selepas bersalin digalakkan untuk banyakkan minum air bukan saahaja untuk tujuan menyusu malah ia merupakan cara mudah dan berkesan untuk menyingkirkan toksin dalam badan dan di samping membantu mengempiskan perut.

 

  • Dapatkan Rehat Secukupnya – Ibu berpantang boleh manfaatkan waktu bayi tidur untuk sama-sama tidur sebentar untuk mengembalikan tenaga yang hilang kerana berjaga malam. Rehat yang tidak mencukupi membuatkan kadar metabolism dalam badan menurun. Akibatnya, makin susah untuk kurus selepas bersalin.

 

  • Elak Stres – Perlu bersabar dan jangan cepat berputus asa. Berilah badan anda sedikit masa untuk kembali bentuk badan asal.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *