batu karang

Tanda-tanda Penyakit Batu Karang Dalam Pundi Hempedu

penyakit batu karang

Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak. Risiko untuk mendapat penyakit batu hempedu atau batu karang adalah 5 hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga 2 orang setiap 1,000 orang dalam populasi akan mengalami penyakit batu karang.

cara menurunkan kolesterol

Sebagai contoh, bayangkan segelas air dan tuangkan sesudu garam dan kacau. Ya, garam akan larut. Bayangkan jika garam tadi dituang berulang kali, sesudu demi sesudu, secara konsisten dan berpanjangan. Sudah tentunya akan sampai satu tahap di mana garam itu tidak akan larut lagi.

Penyakit batu karang kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun. Apabila dikaji berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita tahu di sekeliling kita ialah kaum lelaki.

Pundi hempedu adalah satu organ yang terletak berdekatan dengan hati. Fungsi organ ini adalah untuk memekatkan jus (pati) hempedu yang dihasilkan oleh hati. Jus hempedu yang dihasilkan oleh hati akan mengalir ke dalam pundi hempedu untuk proses pemekatan dan seterusnya akan dirembeskan ke dalam usus kecil duodenum melalui saluran pundi hempedu.

 Penyakit batu karang (cholelithiasis) dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism) dan jangkitan parasite juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-tanda Penyakit Batu Karang Dalam Hempedu :

penyakit batu karang

  • Sakit / kembung di bahagian  kanan perut
  • Rasa sakit bila di tekan pada tepi ulu hati
  • Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
  • Rasa loya dan muntah tanpa sebab
  • Badan rasa tidak bermaya
  • Kurang selera makan
  • Demam

Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

Demam – Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis dan ia boleh menyebabkan demam.

Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan. Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.

Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

Kesan Batu Karang Dalam Hempedu :

  • Kerosakan hati dan pancreas
  • Hepatitis B ( demam kuning)
  • Kematian

Punca Batu Karang Dalam Hempedu :

  • Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak
  • Kurang minum air
  • Suka makan benda berlemak
  • Suka makan benda-benda masin
  • Suka makan nasi lemak (bilis, sambal dan santan sangat bahaya)
  • Suka makan makanan lauk (seafood) yang kaya dengan kolesterol jahat

Perkongsian :

  • Limau – adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu
  • Epal Hijau – bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu
  • Minyak Zaitun – penggunaan minyak zaitun selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.
  • Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

Jenis Batu Karang Hempedu :

  • Batu karang hempedu berkolesterol – batu karang hempedu berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen lain seperti kalsium dan bilirubin ( sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

 

  • Batu karang hempedu berpigmen – Batuan kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihadapi mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliary dan amaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *