salur darah tersumbat

Kesan Pada Organ Jika Salur Darah Tersumbat

 

Setiap organ dalam badan kita memerlukan bekalan oksigen secara berterusan untuk ia berfungsi dengan baik. Otak, peparu, buah pinggang, semuanya memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi. Oksigen diperlukan oleh sel pada organ untuk membentuk tenaga.Ia juga berkait rapat dengan masalah salur darah tersumbat.

cara menurunkan kolesterol

Sel darah merah bertindak sebagai pengangkutan untuk membawa oksigen kesetiap sel dalam badan, dan membawa karbon dioksida keluar daripada sel. Sel darah merah tak ubah seperti sebuah kenderaan. Salur darah pula adalah laluan khas untuk darah. Salur darah bertindak sebagai trek untuk sel darah merah dan lain-lain komponen darah bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Ada lima jenis salur darah utama didalam badan, iaitu :

  • Arteri
  • Arterioles
  • Kapilari
  • Venules
  • Vena

salur darah tersumbat

Salur darah tersumbat atau arteri tersumbat mungkin akibat kolesterol dan sekiranya pembuluh darah tersumbat ia akan menyebabkan beberapa kesakitan yang akan dirasai oleh seseorang itu. Sebelum terjadinya saluran darah tersumbat dengan lebih teruk, anda harus mengatasinya supaya ianya tidak akan menjadi penyakit yang kronik.

Kesan Salur Darah Tersumbat

  • Kerosakan mata

Ramai pesakit muda tidak begitu mementingkan kesihatan mata sedangkan ia merupakan penyebab utama kebutaan bagi golongan belia yang baru bekerja. Saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat.

Kebocoran mengakibatkan lemak, air, dan darah memasuki retina sekali us menjadikan salur darah membengkak. Keadaan bengkak ini pula menjadi punca pandangan pesakit kabur. Ada masanya saiz serta bentuk objek yang dilihat berubah-ubah.

salur darah tersumbat

  • Kerosakan jantung

Penyempitan dan penyumbatan salur darah arteri yang membekalkan darah kepada jantung melalui pengumpulan lemak dan kolesterol menunjukkan penyakit arteri koronari. Pengumpulan plak selalunya berlaku dalam tempoh yang lama dan apabila ia mengeras, arteri akan tersumbat lalu menyebabkan peredaran darah menjadi lemah.

Aliran peredaran darah berterusan ini di tentukan oleh dengupan jantung badan kita. Seperti sebuah pam, jantung mengepam darah ke setiap organ dalam badan. Jika jantung tidak mengepam, darah tidak akan mengalir. Jika darah tidak mengalir, akibatnya kegagalan organ badan akan berlaku. Maka jantung perlu mengepam sentiasa. Inilah sebabnya mengapa jantung diiktiraf sebagai organ penting dalam badan kita.

salur darah tersumbat

  • Kerosakan salur darah

Penyakit salur darah muncul apabila terdapat gangguan semasa proses peredaran darah dalam salur darah ini. Ia berlaku apabila wujudnya sesuatu keadaan, sama ada kesekatan di dalam salur darah, atau salur darah tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan peredaran darah terganggu, malah boleh terhenti sepenuhnya. Gangguan salur darah ini boleh berlaku atas banyak faktor.

Salur darah terutama sekali di bahagian kaki menjadi sempit dan menghalang atau melambatkan aliran darah. Kaki dan tangan menjadi kebas-kebas dan warna kuku juga berubah menjadi gelap, merah pekat atau kebiruan.

salur darah tersumbat

  • Kerosakan ginjal

Kegagalan buah pinggang berlaku dengan cepat sekiranya tekanan darah tidak terkawal, gula yang tinggi (jika anda menghidap kencing manis), dan kebocoran protein dalam air kencing. Buah pinggang berfungsi mengeluarkan atau membuang bahan kumuhan, seperti air kencing, asid dan garam yang berlebihan dalam badan.

Dari segi kos dialisis pula, pada 2015 menunjukkan seseorang pesakit buah pinggang perlu mengeluarkan perbelanjaan di antara RM29,800 hingga RM34,000 setahun, tidak termasuk kos-kos lain.

salur darah tersumbat

 

  • Kerosakan otak (strok)

Salur darah tersumbat yang mengakibatkan strok adalah lebih tinggi daripada yang disebabkan oleh pendarahan dalam otak. Angin ahmar adalah kecederaan sel otak akibat gangguan bekalan darah ke kawasan tertentu di dalam otak. Ia sama ada disebabkan pendarahan di dalam otak atau salur darah di kawasan otak tertentu yang tersumbat.

salur darah tersumbat

Faktor Salur Darah Tersumbat

  • Umur – golongan belia keatas lebih kerap mendapat atherosclerosis

 

  • Genetik – genetic berkulit gelap lebih cenderung mendapat, menurut kajian

 

  • Keturunan – penyakit jantung lazimnya diwarisi mengikut keturunan

 

  • Jantina – lelaki lebih cenderung mendapat atherosclerosis berbanding wanita

 

  • Merokok – merokok menggalakkan pembentukan plak dalam salur darah

 

  • Pemakanan – pengambilan diet tinggi kolesterol, tinggi lemak punca pembentukan plak

 

  • Obesiti – Kuantiti lemak yang tinggi cenderung mengakibat salur darah tersumbat

 

  • Kolesterol tinggi – Menyebabkan mendapan kolesterol

Resepi Menghalang Salur Darah Tersumbat

Bahan-bahan :

1 cawan jus lemon

1 cawan jus bawang putih

1 cawan jus halia

1 cawan cuka epal

Cara penyediaannya :

Campurkan semua jus dan cuka epal, kemudian di masak secara perlahan-lahan sehingga tinggal 3 cawan. Minum 3 sudu dicampurkan dengan madu pada setiap pagi.

salur darah tersumbat

 

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *