Kurus kan Diri Di Musim Perayaan

kurus

Nikmati hidangan lemang, rendang, kuih muih dan lain lain sudah semestinya suatu yang wajib di musim perayaan.Tambahan jika dikampung halaman sudah tentu ramai sedara dan sahabat handai menjemput kita ke rumah mereka, maklumlahkan sudah lama tidak berjumpa.Tapi biarlah dalam kesederhanaan,jangan pula sebelum raya kurus lepas raya naik terus 5kg.

cara menurunkan kolesterol


Ya, memang  sepanjang musim perayaan sama ada Hari Raya Aidlfitri atau Aidiladha begitu sinonim dengan makanan yang banyak serta hidangan yang lazat-lazat berbanding dengan hari biasa.Tapi bukan bermaksud kita perlu makan je sepanjang masa.

Dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekalkan berat badan atau kurus dimusim perayaan.

Tips 1

kurus

Ingat Peraturan 20 minit!

Itulah masa yang diperlukan untuk berasa kenyang setelah suapan pertama. Di sini, makanlah perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan 
berlebihan.

Seperti sunnah nabi, berhenti makan sebelum kenyang.

Makan Sikit-Sikit..
Apabila mengunjungi rumah terbuka, tuan rumah akan sentiasa meminta anda tambah, tambah dan tambah lagi. Lagi-lagi lah kalau  anda luangkan beberapa jam di rumah mereka. Di sini, makan sikit-sikit, berhenti seketika, makan sikit lagi dan ulang. Ini nanti memuaskan hati tuan dan juga mengurangkan jumlah pengambilan kalori.

Tips 2

kurus

Ingat… Wajib bersarapan sihat dan seimbang terlebih dahulu!!

Buat apa nak sarapan pula? Nantikan dah nak mkn lagi byk kali??
Bukankah ia menambah lagi pengambilan kalori?

Ya dan tidak! Sarapan ialah waktu makan yang paling penting. Ia menyediakan perut kita supaya kenyang jadi secara tak langsung ia membantu untuk kurus sertavkawal nafsu dan jumlah pengambilan kalori.

Ini penting lagi-lagi apabila anda dalam perjalanan balik kampung atau di lebuhraya.

Tips 3

kurus

Jangan bermula dengan desert/manisan!

Ini memang amalan saya untuk setiap rumah terbuka. Mulakan dengan hidangan seimbang (real food, not process food) terlebih dahulu sebelum memakan kuih-muih dan biskut raya.

Dengan kaedah ini, pastikan adanya khasiat yang baik sebelum memakan kalori yang kurang baik. Ingat, keserderhanaan itu penting kalau nak kurus.

 

Tips 4

Kenal pasti kalori menu kegemaran anda!

Untuk elak penambahan berat badan dari kurus ke chubby pada musim perayaan ini, anda perlu kenal pasti kandungan kalori makanan kegemaran anda.

Kenapa? Kalau tidak, memang susah untuk mengawal jumlah pengambilan kalori.Baru lah makan tu ada rasa ‘sedar diri’.

Sumber kalori? Rujuk semula panduan2 blog blog yang ada di medial social atau rangkain internet,semuanya dihujung jari sekarang.

 

Tips 5

kurus

Banyak mana biskut raya yang anda nak makan?

Biskut raya tu memang amat menarik perhatian! Mcm2 bentuk, warna, gubahan dan rasa.Takkan tak nak makan langsung kan? Yang penting di sini adalah kawalan jumlah kuantiti 
biskut yang penuh dengan lemak + gula ringkas berlebihan + ia tidak mengenyangkan – dari jenis kalori buruk, berlemak tinggi!

 

Cth kira-kira: 
1x biskut raya mengandungi 40 kalori, kalau makan 10 dah 
400kcal. Itu baru satu rumah.
Kalau 50 rumah berbuka sepanjang musim tu, itu dah 20,000kcal atau 2.6kg! 

 

Tips 6

Konsep 10:20 hari

Ini berbalik kepada konsep reward diri di musim perayaan. Pilih 10 hari pertama sahaja untuk ganjarkan diri (biasa 2-3 hari pertama sahaja bermula musim perayaan dan hujung minggu yang biasanya penuh dengan rumah terbuka).

 

Tips 7

kurus

Kata “Cukuplah…”

Sebagai tetamu, kita sering tertekan untuk mencuba segala juadah dan kuih yang disediakan. Tapi sebenarnya tak perlu makan semua yang ada.

Beberapa tip:

  • Tanya tuan rumah tentang jumlah bilangan lauk yang bakal dihidangkan. Ini membolehkan anda pelan dan bajet jumlah pengambilan untuk setiap hidangan.

 

  • Kata “Cukup”. Kalau anda rasa sudah puas dan cukup dengan jumlah pengambilan lauk yang dihidangkan, tak salah kita berkata “cukup”, melainkanlah yang meminta itu bakal ibu mertua anda.

 

Tips 8

kurus

Minum Air Kosong

Keistimewaan dan keenakan makanan di musim perayaan terutama hari raya adalah  terletak pada makanan aslinya seperti ketupat, lemang dan lain-lain dan bukan pada minuman yang berwarna warni tinggi gula dan perasa.

Jadi untuk elak bazir kalori daripada minuman, minumlah air kosong 
atau minum-minuman yang tidak berkalori sepeprti Teh atau Kopi.

Kira-kira: 
Kalau anda minum 2x 
gelas air manis di setiap rumah terbuka (jumlah kalori 1x gelas katakan 
dalam 60kcal), kalau 50 rumah terbuka = 6,000 kcal atau hampir tambah 1kg.

 

Tips 9

Ingat protein!

Diyakini bahawa 99% rumah terbuka akan hidangan rendang daging yang merupakan sumber protein yang baik. Cuma ia dtg bersama lemak kerana cara ia dimasak .

Tapi tak semestinya hanya dari hidangan berbentuk daging sahaja. Yang penting cuba lebihkan pengambilan protein apabila mengunjungi rumah rumah terbuka.

Kenapa?
• Protein itu lebih mengenyangkan.

  • Dalam banyak-banyak makanan lazat , kebanyakkannya berkarbohidrat (lemang, ketupat, biskut/tepung, kek, kuih )

Tapi kalau boleh, pilihlah bahagian yang kurang berlemak dan kalau ada ayam pula, pilihlah bahagian dada.

 

Tips 10

kurus

Jangan lebihkan kuah.

Kalau anda gemari daging rendang cuba elak dari pengambilan “kuah” yang berlebihan kerana ia kaya dengan santan yang penuh lemak.

Kalau makan hidangan berkuah pun, kurangkan “kuah” sekiranya ia berasa masin kerana pengambilan garam berlebihan anda tingkatan takungan air badan.

Macam-macam kuah nanti ada dihidangkan, kuah soto , kuah masak sambal, kuah kacang untuk makan dgn satay atau ketupat nasi himpit, dan banyak lagi.

 

Tips 11

Senaman Di Rumah Terbuka!

Macam mana tu?? Kalau makanan itu sumber tenaga, kita perlu mencari jalan untuk membuang tenaga berkenaan supaya ia tidak disimpan sebagai lemak.

Di sini, cubalah amalkan “senaman-senaman” berikut untuk membakar sebanyak kalori yang mungkin:

 

  • Berjalan keliling rumah.
  • Berdiri semasa bersosial dengan tetamu.
  • Bermainlah dengan kanak-kanak kecil.
  • Parkir kereta anda jauh sikit. Ini pasti juga akan memudahkan anda pulang nanti (tiada kereta yang halang kereta anda)
  • Cuba bantu tuan-rumah dengan apa yang boleh dibantu.
  • Gelak-ketawa membakar kalori.

 

Tips 12

kurus

Bosan?

Makan sayur!Kadang-kadang kita makan bukan sebab lapar tapi sebab bosan atau melayan perbualan.

Di situ tangan kita memang gatal untuk memakan apa yang ada di depan mata.

Di sini, cuba “menggatal” dengan makanan sayur-sayuran (timun, lobak merak etc) kerana ia bukan sahaja kaya dengan serat tapi juga sangat rendah kalori.

Lebihkan fiber & serat.
Pengambilan serat penting mengawal kadar penghadaman glukos darah dan sekaligus bantu mengawal nafsu makan.

Contoh makanan yang berfiber? Sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran oats dan wholegrain. Kurma juga sumber fiber yang baik. Tapi jangan terlebih makan pula kerana selain sayuran, kesemua berkalori juga.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *