Makanan ZERO Kalori Untuk Kurus

kalori

Makanan zero kalori adalah merujuk kepada makanan berkalori ‘super’ rendah. Ianya sangat bagus untuk mereka yang sedang berjuang untuk buang lebihan berat badan. Anda boleh menikmati makanan-makanan ini pada bila-bila masa yang disukai. Tanpa perlu risau “makanan ini buat aku gemuk ke tak?”.

cara menurunkan kolesterol

Setiap makanan ini hanya mengandungi 50 kalori bagi setiap 100 grams hidangan. Sangat rendah bukan? Cuma, kadang-kadang makanan zero kalori ini susah nak dibeli. Kalau ada pun di pasaraya besar. Duduk di luar bandar sikit je dah payah nak beli.

Tapi makanan-makanan dalam senarai ini mudah nak cari. Di kedai runcit Ahmad, Ah Keong dan Raju pun boleh dapat.

  • Daun Saderi

kalori

Makanan ini agak sinonim dengan anda yang mahu kuruskan badan. Makan saderi ianya seolah-olah anda tidak makan apa-apa.

Ianya kaya dengan fiber dan air. Elakkan dari menambah bahan-bahan yang boleh ‘double up’ kalori daun saderi. Lagi baik jika dimakan begitu sahaja. Oh, sup juga akan menjadi lebih sedap jika masukkan saderi bersama.

Jumlah kalori bagi setiap 100 gram saderi: 16

  • Buah Oren

kalori

Selain dari terkenal sebagai sumber utama vitamin C. Ia juga antara buah-buahan yang paling sedikit kalori. Mengambil makanan zero kalori bukanlah untuk hapuskan kalori. Tetapi ianya membantu anda memastikan bahawa kalori harian adalah lebih rendah dari kebisaannya.

Jumlah kalori bagi setiap 100 gram buah oren: 47

  • Kubis

kalori

Ia adalah sumber makanan yang termurah, tetapi sangat baik buat mereka yang mahu kurus. Banyak kebaikan kubis ini, menjadi perisai kepada kanser dan penyakit jantung. Kubis juga sangat membantu ibu menyusu untuk melegakan bengkak susu. Paling mudah masak saja kubis air. Tak perlu tumis, hanya sedikit bawang putih dan ikan bilis.

Kalau perlu perasakan dengan sedikit garam. Anda langsung takkan rasa bersalah walaupun perut terasa kenyang.

Jumlah kalori bagi setiap 100 gram kobis: 25

  • Tomato

kalori

Antara jenis sayur yang lebih berkhasiat jika di ambil sesudah dimasak. Berbanding di makan ketika mentah. Kalorinya yang rendah menjadikan ia sering digunakan di dalam salad. Tomato juga akan menjadikan sup yang di masak menjadi lebih sedap.

Mengandungi lycopene yang mampu menghalang penyakit kanser. Ia juga sangat baik untuk kesihatan jantung. Oh tapi pastikan jangan sampai terlebih masak. Nanti hilang khasiat di dalamnya.

Jumlah kalori bagi setiap 100 gram tomato: 17

  • Lemon

kalori

 

Agak mustahil kalau anda boleh makan lemon bukan? Tapi lemon digunakan untuk memastikan pengambilan kalori yang rendah setiap hari.

Kerana itulah lemon banyak digunakan untuk perasakan air kosong. Ia juga akan menambah rasa kepada ikan atau ayam yang dimasak. Selain itu, lemon mempunyai tahap alkali dan antioksidan tinggi. Sangat baik untuk kesihatan.

Jumlah kalori bagi setiap 100 gram lemon: 29

  • Cendawan

kalori

Ia juga dikenali sebagai ‘superfood’, kaya dengan zat dan nutrisi penting. Anda bebas untuk masukkan cendawan ke dalam sup. Atau jadikannya sebagai ‘side dishes’. ‘Saute’ dengan minyak zaiton dan perasakan dengan sedikit lada hitam dan garam pun dah cukup.

Jumlah calori bagi setiap 100 gram cendawan: 38

  • Buah Tembikai

kalori

Selain dari kandungan kalorinya rendah buat tembikai juga mempunyai rasa manis yang semulajadi. Enak. Lihat anda masih mampu nikmati makanan manis walaupun sedang berdiet. Buah tembikai adalah pilihan snek yang baik. Kandungan anti oksidan di dalamnya juga baik untuk kesihatan.

 

Dan ianya sangat membantu untuk ‘boost’ metabolisma.

Jumlah calori bagi setiap 100 gram tembikai: 30

Allah SWT Maha Kaya, samalah juga dengan ciptaan-Nya. Terlalu banyak makanan-makanan yang ada untuk dipilih. Kenali dan ketahui calori makanan sebelum masuk ke dalam perut.

Pilihlah jalan yang bijak untuk kurus. Usah sembarangan mengambil ubat kurus atau laburkan beribu duit di pusat pelangsingan, sebaliknya makanlah makanan yang sihat. Amalkan makanan zero calori. Biar lambat, asal selamat ye kawan-kawan.

Jus Jiebee Healthy gabungan 7 ramuan semulajadi seperti madu, delima, cuka pati epal, halia, bawang putih, lemon dan arabic gum. Ramuan untuk menurunkan berat badan dan paling utama mencuci salur darah kita dari pengumpalan plak-plak kolesterol. Mencegah masalah kolesterol, sakit jantung, arteri tersumbat, kencing manis, darah tinggi, gout, dan sakit-sakit badan.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *