Badan Yang Cantik Tanpa Lemak Tepu

Lemak tepu biasanya mudah dikenali daripada bentuknya yang padat seperti lilin dan banyak djumpai pada produk yang berasal daripada haiwan dan juga pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.

Bahayanya lemak tepu ini adalah ia boleh memekatkan darah sehingga mudah melekat pada dinding pembuluh darah sekaligus mengganggu peredaran darah dalam tubuh. Oleh kerana peredaran darah dan oksigen terganggu, mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tepu berisiko menghadapi penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi dan juga obesiti.

cara menurunkan kolesterol

Lemak tepu biasanya boleh membeku pada suhu biasa seperti suhu bilik. Contoh lemak tepu adalah seperti lemak pada daging merah, mentega, keju, susu penuh krim dan santan kelapa. Ia juga boleh didapati pada minyak kepala atau minyak sawit. Oleh itu,elakkan pengambilan lemak tepu daripada makanan-makanan ini.

lemak tua

Nak Badan Cantik?

  • Kurangkan makan daging merah

Daging mempunyai bahagian lemak tepu yang tinggi seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Oleh itu, gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Kurangkan makan daging ayam di bahagian peha dan kepak kerana ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

  • Amalkan Panggang Daging

Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Daging yang dipanggang lebih elok berbanding daging yang digoreng kerana lemak pada daging akan mengalir keluar dan tidak diserap semula setelah dipanggang.

lemak tepu

  • Elakkan makan makanan beku

Kebanyakan makanan yang dibekukan mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi kerana kebiasaannya makanan yang dibekukan khususnya makanan yang dipanaskan menggunakan microwave mengandungi banyak kalori.

  • Kurangkan pengambilan harian produk tenusu

Keju mengandungi leemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Oleh itu, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Jika ingin minum air susu pula, cuba anda beralih kepada susu tepung atau susu rendah lemak dari susu lemak penuh.

  • Tambahkan suplemen Omega-3

Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ leemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardine. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

  • Gunakan minyak zaitun dalam masakan

Minyak zaitun sangat bagus digunakan dalam masakan kerana ia boleh membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dan menggantikan lemak tepu dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu iaitu polyunsaturated dan monounsaturated.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *