Darah Rendah Mengganggu Sistem Badan

tekanan darah rendah

Darah rendah atau tekanan darah rendah (hipotensi) adalah tekanan darah yang abnormal rendah. Pada beberapa orang yang mengalami tekanan darah rendah biasanya akan mengalami gejala pening kepala sehingga pengsan. Malah, pada masalah yang parah, darah rendah dapat mengancam jiwa seseorang. Oleh sebab itu, anda harus mengetahui terlebih dahulu apa penyebab kesan dari  darah rendah.

cara menurunkan kolesterol

Ada yang sangka perkara ini berlaku kerana disebabkan belum sarapan pagi atau tidak makan seharian. Tapi sebenarnya tanda-tanda tersebut menunjukkan pada hipotensi. Darah rendah adalah sebuah ukuran dari jantung untuk mengepam darah dan mengalirkan ke seluruh tubuh. Aliran darah ini akan menekan dinding-dinding pembuluh darah. Tekanan darah akan mengepam darah ke seluruh arteri tubuh dan dikembalikan semula ke jantung melalui pembuluh vena. Perbezaan tekanan inilah yang akan menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi (hipertensi), tekanan darah normal, atau tekanan darah rendah (hipotensi).

Pada beberapa orang, hipotensi biasanya akan menimbulkan beberapa tanda khas,contohnya ketika anda turun tangga akan terasa pening, atau semasa anda bangun secara tiba-tiba pun akan menyebabkan pening. Ini berikut beberapa tanda dan gejala lain jika anda mengalami tekanan darah rendah :

  • Pusing
  • Pengsan
  • Kurangnya tumpuan
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Mual
  • Dingin, berpeluh, serta kulit pucat
  • Pernafasan cepat
  • Keletihan
  • Tertekan
  • Cepat Haus

1.Pusing atau Sakit Kepala

tekanan darah rendah

Terjadi kerana darah tidak mampu membawa oksigen yang cukup ke otak. Akibatnya pengidap darah rendah akan mengeluh pening. Tekanan darah rendah juga dapat menyebabkan pengsan. Sakit kepala kerana tekanan darah tidak stabil disebut ortostatik.

2.Pandangan Kabur dan Berkunang-kunang

Penglihatan tiba-tiba akan menjadi kabur beberapa saat, kadang-kadang berulang berkali. Hal ini terjadi kerana duduk terlalu lama kemudian berdiri dan dapat mengganggu keseimbangan boleh menyebabkan pengidap jatuh pengsan. Boleh juga kerana berdiri  terlalu lama, contohnya saat mengikuti upacara.

 

3.Pucat, Lemas dan Tidak Bersemangat

Pengidap penyakit ini akan terlihat pucat, dingin, denyut nadi lemah atau tidak stabil kerana pengaliran darah ke otak sangat sedikit. Tubuh terasa dingin kerana aliran darah lambat dan tidak sampai ke jaringan tepi atau mucosa tubuh. Rasa dingin biasanya mudah di kesan terjadi di kaki, tangan, telinga, atau di bibir yang terlihat membiru dan biasanya didatangi dengan peluh.

 

4.Perut Terasa Mualtekanan darah rendah

Mual-mual biasanya menyerang tiba-tiba dan terjadi berulang. Tubuh pun akan merasa lelah dan lemas serta tidak bertenaga, malah untuk menampung kedua kaki dan membawa kedua tangan saja tidak kuat. Hal ini terjadi  kerana tidak cukup energi yang dibawa darah ke otak, organ atau kulit.

 

Berikut beberapa cara untuk mengurangi tekanan darah rendah atau mencegahnya :

 

  • Minum lebih banyak air dan kurangi alcohol

Alkohol dapat menyebabkan anda dehidrasi serta dapat menurunkan tekanan darah, walaupun anda minum air putih secara cukup. Oleh sebab itu, kurangkan minum alkohol dan minumlah air putih lebih banyak untuk menghindari dehidrasi dan meningkatkan tekanan darah.

 

  • Gaya hidup sihat

Jika pola hidup anda kurang sihat, segera berubahlah. Gaya hidup sihat dengan mengambil nutrisi yang cukup dapat meningkatkan tekanan darah. Contohnya, sayuran, buah-buahan, biji-bijian, ayam tanpa lemak, dan ikan.

 

  • Ambil yang masin-masin

Jika doktor menyarankan untuk mengambil banyak garam pada makanan anda, dan anda tidak menyukainya boleh mencuba untuk mengambil kicap masin semulajadi pada makanan anda.

 

  • Ubah posisi tubuh secara perlahan

Jika anda sering merasa pusing tiba-tiba semasa berdiri atau bangun dari tempat tidur, maka anda perlu melakukannya secara perlahan. Saat bangun tidur, usahakan jangan terus berdiri, namun duduklah terlebih dahulu di hujung tempat tidur beberapa minit. Selepas itu, baru anda boleh berdiri. Hal ini untuk menghindari pening saat perubahan posisi tubuh yang tiba-tiba.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *