darah tinggi

Epal Dan Timun Merupakan Penawar Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi adalah antara penyakit yang payah untuk di ubati. Jika kita menghadapi darah tinggi, pelbagai jenis makanan harus kita elakkan agar tekanan darah tidak naik. Penghidap darah tinggi juga tidak boleh mengahadapi tekanan dan kejutan. Semua ini akan menyebabkan kemudaratan pada pesakit.

darah tinggi

cara menurunkan kolesterol

Petua yang kebiasaan kita dengar dan baca untuk penawar darah tinggi ialah dengan banyak makan bawang putih yang memang bagus untuk turunkan tekanan darah tinggi dan sekali gus bacaan kolesterol juga turun. Banyakkan makan sayuran hijau macam bayam, brokoli, kacang panjang, kacang buncis, epal hijau dan timun.

Buah epal merupakan salah satu buah yang digemari oleh kebanyakkan orang. Malahan, kanak-kanak juga suka makan epal tetapi selalunya epal merah menjadi pilihan. Ini kerana rasa epal merah yang sangat manis dan sedap berbanding epal hijau. Namun begitu, bagi pengemar makan makanan masam, epal hijau menjadi pilihan hati kerana epal hijau dapat membantu dalam menjadi penawar darah tinggi.

Antara kelebihan lain epal hijau, boleh mengurangkan kencing manis dan memperbaiki sistem pencernaan kita. Selain itu juga, rasa asam pada buah epal boleh membantu mengimbangi asid asam lambung dari perut selain mengurangkan ulser perut. Epal hijau kaya dengan vitamin dan serat terutama pada bahagian kulit yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan diri kita.Justeru,kita digalakkan untuk mengkisar buah epal bersama kulitnya.

Bagi mereka yang tidak suka rasa masam pada buah epal itu, anda boleh campur dengan timun sebab timun bukan sahaja dapat menghilangkan rasa masam malah membuat jus itu menjadi wangi dan sedap untuk diminum.

darah tinggi

Jadikan timun sebagai ulam kerana buah timun juga dapat membantu mengurangkan penyakit darah tinggi. Timun (Curcumin Sativus) adalah satu buah yang dihasilkan dari tanaman merambat yang tumbuh dari biji. Dengan batang berbulu halus dan memiliki tangkai panjang serta lebar. Buah ini sering dimakan mentah dan disajikan sebagai ulam malah sebagai salah satu buah dalam keadaan rojak. Selain itu, timun juga biasa digunakan untuk masker dan mempunyai khasiat untuk kecantikan wajah.

Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang memiliki kandungan tinggi kalium, magnesium dan serat boleh menjadi penawar tekanan darah. Namun, tidak hanya itu timun merupakan sumber vitamin A dan K, folat, asam caffeic, siliki, vitamin C dan antioksidan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Timun juga mengandungi sodium, tetapi kandungan sodium dalam timun sangatlah rendah. Di mana, tubuh memiliki kandungan sodium yang banyak, maka tubuh akan berserang dengan tekanan darah tinggi sehingga sukar untuk disembuhkan. Dengan begitu, adanya kandungan sodium yang rendah timun dapat menjadi penawar darah tinggi dengan  mencegah dan mengatasi terjadinya tekanan darah tinggi.

Tidak hanya tinggi kalium dan rendah sodium, timun juga mempunyai manfaat untuk mengawal berat badan. Mengambil timun dengan rutin dapat menurunkan berat badan dan terhindar dari masalah obesiti. Yang mana, dengan turunnya berat badan kemungkinan tekanan darah dalam tubuh akan turun dan menjadi normal.

Info :

Timun dan epal hijau memang mampu dengan berkesan menajdi penawar darah tinggi dan menurunkan tekanan drah tinggi dalam tubuh. Di mana, kandungan di dalamnya mendorong untuk menurunkan tekanan drah tinggi (hipertensi). Namun, anda perlu ketahui! Ketika tekanan drah tinggi dan kembali normal mengambilan timun dapat dilakukan kadang-kadang sahaja. Kerana, apabila ambil timun dalam jumlah lebih dapat mengakibatkan tekanan darah semakin rendah. Apabila tekanan darah semakin rendah, tubuh akan menjadi lemah dan jantung juga menjadi berdebar.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *