Tekanan Darah Normal Sudah Tidak Stabil, Mengapa?

tekanan darah normal

Tekanan darah adalah ukuran kekuatan darah yang beredar di dinding saluran darah. Selain itu, tekanan darah adalah daya yang diberikan oleh jantung terhadap rintangan yang dibuat oleh arteri untuk memastikan darah mengalir melalui seluruh badan anda.

cara menurunkan kolesterol

Tekanan darah tinggi (hipertensi) berlaku apabila daya tekanan jantung berlebihan dari daya yang biasa. Bacaan tekanan darah normal terdiri daripada dua nombor. Nombor teratas adalah tekanan darah sistolik, dan bahagian bawahnya adalah tekanan darah diastolik.

Bagi individu yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan, bacaan normal bagi tekanan darah untuk semua usia adalah 120/80 mmHg. Jika tekanan darah kurang daripada 90/60 mmHg, anda mungkin mengalami anemia (kurang darah). Jikalau tekanan darah lebih daripada 130/90 mmHg, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai penyakit hipertensi. Terdapat 3 tahap keparahan untuk hipertensi berdasarkan bacaan tekanan darah yang diambil.

  • Tekanan darah sistolik – kekuatan daya ketekanan darah pada saluran darah apabila jantung berdegup
  • Tekanan darah diastolik – kekuatan tekanan yang ada di antara denyutan jantung

Baca Tabel Tekanan Darah Normal :

tekanan darah normal

Hipotensi bermaksud tekanan darah yang lebih rendah daripada 90 untuk nombor teratas (sistolik) atau 60 untuk nombor bawah (diastolik) secara umumnya dianggap tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah mungkin kelihatan wajar terutamanya bagi individu yang mempunyai BMI yang rendah. Selalunya ia tidak akan menjejaskan kesihatan.

Dalam kes yang teruk seperti kurang gula dalam darah (hipoglikemia), hipotermia (suhu badan kurang dari suhu badan normal) atau dehidrasi (badan kurang air), tekanan darah rendah boleh mengancam nyawa.

Tekanan Darah Normal

Tekanan darah normal berada dalam lingkungan antara 90 hingga 120 (sistolik) dan 60 hingga 80 (diastolik), bergantung pada usia anda. Jika bacaan tekanan darah anda ditakrifkan sebagai ‘normal’, itu bermakna anda berada dalam lingkungan yang sihat dan ini merupakan berita baik untuk arteri, jantung, otak, dan buah pinggang anda.

Mengapa Tekanan Darah Naik Turun?

Bacaan tekanan darah normal juga boleh menjadi naik turun. Tekanan darah yang berubah-ubah boleh disebabkan oleh respon tubuh terhadap perubahan kecil dalam kehidupan seharian kita contohnya stress, kurang tidur, bersenam dan sebagainya.

Berikut ini merupakan punca tekanan darah normal menjadi naik turun :

  • Stres – Tubuh mengalami pelbagai perubahan semasa anda stress, salah satunya adalah tekanan darah menjadi lebih tinggi. Perubahan ini terjadi kerana hormon stress yang dihasilkan oleh tubuh, contohnya hormon kortisol dimana jantung perlu mengepam darah lebih keras.

 

  • Ubat-ubatan – Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga dapat menyebabkan tekanan darah naik dan turun. Contoh pengambilan ubat acetaminophen, dekongestan dan ubat antiradang. Sebagai contoh ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi akan merendahkan tekanan darah, tetapi kesannya hanya untuk beberapa jam yang tertentu. Apabila kesannya sudah berkurangan, tekanan darah akan naik semula.

 

  • Alahan terhadap makanan – beberapa orang boleh mengalami perubahan tekanan darah kerana sensitive terhadap makanan tertentu. Hal ini biasa terjadi pada mereka yang memiliki sensitive terhadap makanan yang mengandungi garam (natrium tinggi) atau makanan yang sangat masin.

 

  • Pengambilan kafein – kopi, the atau minuman lain yang mengandungi kafein tinggi boleh menyebabkan tekanan darah naik. Para pengkaji memberitahu perkara ini terjadi kerana kafein menyebabkan penyempitan pembuluh darah.

 

  • Demam – demam merupakan respon tubuh saat melawan infeksi. Ketika demam, tekanan darah anda boleh meningkat kerana pembuluh darah menyempit sementara degup jantung anda meningkat.

 

  • Dehidrasi – dehidrasi boleh menyebabkan tekanan darah turun. Anda perlu minum lebih banyak air untuk meningkatkan jumlah darah sehingga tekanan darah naik kembali.

 

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *