darah tinggi

Ulam Raja Cara Menurunkan Darah Tinggi Tradisional

Muda-muda pun, ramai dah kena penyakit darah tinggi ini! Antara penyebab popularnya ialah merokok, obesiti, kolesterol tinggi, stress dan banyak makan makanan masin.

Baru-baru ni viral cerita pelajar yang dapat keputusan SPM 9A+ tapi dikecam oleh netizen hanya sebab berpenampilan menarik ala model. Rata-rata macam tak puas hati sebab baru belasan tahun tapi dah pandai make-up. Bukan isu ini yang nak dikupas tapi nak sentuh tentang keinginan nak jadi sihat tanpa darah tinggi dan cantik tu memang lumrah manusia. Malah bukan perempuan je, lelaki sekarang siap pakai pomade dan beli produk skincare lagi serta produk-produk untuk menurunkan darah tinggi.

cara menurunkan kolesterol

Penyakit darah tinggi atau hipertensi adalah sejenis penyakit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai komplikasi, contohnya strok dan kematian. Pesakit selalunya perlu bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor bagi mengekalkan tekanan yang normal.

Tapi produk-produk ni bukan murah-murah, boleh sampai beratus ringgit kot. Nak pakai pun kena jimat-cermat sebab nak bagi tahan berbulan-bulan. Tapi sebenarnya ada jalan alternatif untuk kekal sihat dan cantik yang dah diamalkan oleh Melayu sejak dulu lagi, iaitu ulam-ulaman!

Sebenarnya, penyakit ini boleh dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Namun jika ia masih berlaku, rahsia yang bakal dikongsikan ini adalah cara menurunkan darah tinggi tradisional ini mungkin sesuai diamalkan. Bukan susah pun, jom buat sekarang!

Ulam Raja Cara Menurunkan Darah Tinggi Tradisional

Ulam raja atau nama saintifiknya cosmos caudatus tumbuh meliar dan dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik. Rata-rata menjadikan ulam raja sebagai makanan sampingan, sama ada dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal belacan.

Ulam raja ni ada dua jenis, ada yang boleh dimakan dan ada juga yang hanya dijadikan hiasan. Dua-dua tu memang sama je rupa dia, tapi berlainan rasa dan bau.

darah tinggi

Dan korang jangan pulak confuse antara ulam raja dengan pokok ‘Rumpai Miang Mexico’. Bentuk daunnya hampir serupa dengan ulam raja tapi korang boleh bezakan dengan melihat bunga pada masing-masing. Kesan kalau korang tersentuh pokok ni boleh menyebabkan alahan teruk kepada kulit terutamanya bagi kanak-kanak sebab pokok ni mempunyai miang iaitu bahan kimia parthenin, hymenin dan ambrosin. Nama pun dah miang, so hati-hati ye!

 

Ulam raja ini merupakan spesis tumbuhan herba semusim dan apabila lengkap sahaja kitaran hidupnya, maka ia akan terus mati. Amat mudah sekali nak tanam ulam raja ni kerana ianya membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Taburkan sahaja biji benih ke tanah… InsyaAllah, tumbuhlah ia.

Khasiat ulam raja adalah satu cara menurunkan darah tinggi tradisional dan mampu merawat diabetes mellitus type 2 berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik dari UPM. Selain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit.

Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli yang amat membahaya kepada kesihatan tubuh badan. Hebat sekali khasiat ulam raja ini!

darah tnggi

Selalu lemah-lemah badan dan terasa tulang kurang kuat, maka selalulah makan ulam raja kerana ulam raja mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

Ada lebih dari dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti terkandung dalam Ulam Raja bagi cara menurunkan darah tinggi tradisional. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

 

Di kelam senja terkunci cerah,

Linggi terkiat ganti nakhoda,

Si ulam raja pencuci darah,

Tinggi khasiat anti oksida.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *