kuruskan badan

Ketahui Tanda Kolesterol Tinggi – Nak Tahu Cara Turunkan Kolestrol?

kolestrol

Kolestrol yang tinggi mampu menjejaskan kesihatan. Berikut adalah cara turunkan kadar kolestrol tinggi dalam badan:

cara menurunkan kolesterol

1)   Membuat jadual untuk ujian kolestrol. Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan dapatkan nasihat doktor mengenai sakit jantung.

2)   Makan makanan yang rendah kolestrol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat. Banyakkan makan  makanan yang mempunyai sterol seperti buah-buahan, sayuran, pokok kekacang dan kekacang serta bijirin. Pengambilan makanan ini juga adalah cara paling mudah untuk menurunkan paras kolestrol tidak baik, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung.

Buat perubahan di dalam menu masakan anda seperti:

  • Pilih ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak. Jika ayam yang anda beli mempunyai kulit, buang kulitnya.
  • Makan ikan yang mempunyai asid lemak beberapa kali seminggu.
  • Kurangkan penggunaan minyak dan santan kelapa ketika memasak.
  • Kurangkan snek bergoreng yang mengandungi banyak garam dan lemak, terutama ketika menonton televisyen.
  • Kurangkan pengambilan produk tenusu penuh lemak dan gantikan dengan jenis rendah atau tanpa lemak. 

3)  Sentiasa aktif secara fizikalnya. Bersenam setiap hari bukan hanya untuk individu yang ingin menurunkan berat badan, tetapi juga bermanfaat bagi golongan yang ada masalah paras kolesterol tinggi. Berjalan pantas setiap hari selama 20 hingga 30 minit, tiga atau empat kali seminggu. Antara aktiviti cergas lain yang boleh dilakukan ialah berenang, berbasikal, berjoging atau menari.

4)   Dapatkan produk kesihatan sebagai makanan tambahan anda. Selain pil yang disarankan doktor, anda juga boleh mengambil pil tambahan bagi membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan.

5) Tambah fitosterol ke dalam diet harian Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol ke dalam diet harian boleh menurunkan paras kolesterol secara semula jadi.

6) Amalkan makan ikan yang kaya dengan omega 3 Ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain dapat membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Malah Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *