10 makanan penurun kolesterol

Khasiat Omega 3 Untuk Kesihatan Sakit Jantung

sakit jantung

Tahukah anda tak semua lemak jahat. Ada lemak yang sangat baik untuk jantung. Apakah dia? Ia dipanggil Omega 3. Omega 3 adalah asam lemak tak jenuh yang terdiri dari tiga jenis iaitu alinolenic acid (ALA) yang ditemui pada tanaman, eicosapentaenoic acid (EPA), dan docosahexaenoic acid (DHA). EPA dan DHA ditemukan pada makanan laut.

cara menurunkan kolesterol

Bukti saintifik kebaikan Omega 3 dengan kesihatan jantung :

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan jantung adalah :

  • Mengurangkan risiko insiden serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

sakit jantung

FUNGSI EPA

  • Mengawal kolestrol yang berlebihan
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah penyakit darah tinggi    
  • Mencegah kanser
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan           

 

FUNGSI DHA

  • Mengurangkan simptom kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan simptom kemurungan
  • Untuk pesakit jantung  – mengurangkan lemak dalam dalam, menurunkan tekanan darah, untuk kesihatan saluran darah
  • Perkembangan otak bayi
  • Mengurangkan simptom penyakit auto-immune
  • Mengurangkan simptom Raynaud’s syndrome (tangan dan kaki yang sensitif pada cuaca sejuk)
  • Mengurangkan sakit semasa haid

 

Makanan sumber Omega 3

Omega 3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Ia hanya boleh memberikan kesan yang baik jika diambil dengan makanan atau supplement. Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang sebagai contohnya minyak canola, minyak flaxseed, minyak kacang soya. Kacang walnut juga adalah sumber yang kaya dengan Omega 3. Disamping itu pengambilan makanan yang ditambah dengan omega 3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapat keperluan Omega 3 harian.

Pengambilan ikan sebagai sumber protein dalam makanan adalah satu cara yang terbaik untuk mendapat khasiat Omega 3 kerana ikan adalah sumber Omega 3 yang paling kaya. Bercerita tentang Omega 3, anda mesti sudah biasa dengan suplemen minyak ikan dipasaran yang tinggi dengan Omega 3. Ada yang diambil dari ikan kod dan salmon. Tetapi, anda mesti bijak memilih kualiti Omega 3 yang paling tulen dan berkualiti.

sakit jantung

Mengikut kajian , ikan-ikan jenis ni mengandungi lemak tak tepu yg sangat tinggi iaitu EPA dengan DHA yg boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sebab itulah orang Eskimo yang hidup dekat Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dengan kencing manis. Kalau bandingkan dengan orang Eskimo yang tinggal dekat Amerika Utara bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang dah tentu banyak kolesterol, mereka dekat Amerika Utara ini menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan sakit jantung.

Seterusnya, pelbagai pemerhatian di beberapa tempat di dunia dilakukan dan didapati penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

 

Info :

American Public Health Association mengesyorkan kita untuk makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega 3 untuk mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 44%.

Kesimpulannya, pengambilan ikan sebagai sumber protein dalam makanan adalah satu cara yang terbaik untuk mendapat khasiat Omega 3 kerana ikan adalah sumber Omega 3 yang paling kaya. Untuk cara yang lebih mudah makanlah kapsul atau suplemen Omega 3 yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang. Makanlah Omega 3 setiap hari untuk kesihatan jantung anda. Usaha berterusan dan doa setiap hari, Insya-Allah kesihatan anda akan terpelihara.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *