Cara Kurangkan Kolesterol Secara Semula Jadi

Tahukah anda, kolesterol yang tinggi dalam darah atau disebut sebagai hiperkolesterolemia disebabkan oleh cara dan pengambilan makanan kita seharian, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti senaman, faktor usia, keturunan dan yang paling kebanyakkan orang suka buat, merokok.

Kalau diteliti semula semua punca-punca diatas, memang sinonim dan terasa dekat dengan kita. Sebab apa? Ye lah, kita orang Malaysia ni, makanan semua  mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Dengar nama ja pun dah tahu, masak lemak cili api, nasi lemak, masak lemak daging salai. Semua lemak-lemak belaka. Susah juga kalau nak elak. Dah memang makanan kita.

cara menurunkan kolesterol

Kolesterol yang tinggi dalam darah ini sebenarnya sangat merbahaya kerana penyakit ini boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok.Betul ke?  Ya. Sangat betul. Jadi, bagi mengelakkan kita semua terkena strok, ada baiknya jika kita amalkan cara kurangkan kolesterol seperti dibawah. Mencegah lebih baik dari merawat, kan?

 

Bersenam

cara kurangkan kolesterol

Bersenamlah sekurang-kurang 30 minit setiap sesi, 3-4 hari seminggu. Mudah saja kan sebenarnya, bersenam tak semestinya perlu ke gym, anda boleh saja lakukan senaman-senaman ringan di taman rekreasi yang berdekatan ataupun dalam rumah pun boleh.Cara kurangkan kolesterol ini dapat membantu merendahkan kolesterol, mencapai berat badan ideal dan boleh juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Lebih awet muda, gitu.

 

Kawal Pemakanan

cara kurangkan kolesterol

Saya tahu, ini yang paling susah dan ramai mengelat untuk buat. Tapi inilah yang paling utama. Bukan kata tak boleh makan langsung, tapi kawal. Maksudnya, bila anda makan pastikan makanan anda seimbang. Ada sayur-sayuran, buah-buahan dan paling penting sebenarnya, elakan makanan lemak trans dan lemak tepu. Contohnya seperti, donat, majerin, biskut, makanan bergoreng dan seumpamanya.  Elakkan daging merah, telur, susu penuh ,daging merah, dan kuning telur adalah makanan kolesterol yang pekat.

 

Mentega

cara kurangkan kolesterol

Anda sukakan mentega tetapi benci pada lemak-lemak yang terdapat padanya? Boleh tukarkan kepada mentega yang lebih organik.

 

Bayam

cara kurangkan kolesterol

Cara kurangkan kolesterol dengan sayur hijau yang sangat popular,ianya penuh dengan lutien, mempunyai pigmen-pigmen hijau gelap pada daunnya adalah bayam. Lutien dalam bayam dikenali sebagai emas yang mampu mengawal proses penuaan dan sangat baik untuk mata. Kajian mendapati 1/2 cawan lutien pada diet harian anda mampu mengawal serangan jantung dengan membuang kolesterol yang melekat pada dinding arteri yang tersumbat itu. Anda boleh jadikan bayam dan limau mandarin sebagai starter untuk hidangan anda.

 

Teh

cara kurangkan kolesterol

Teh telah diketahui sebagai antioxidan untuk melawan kanser, ia juga baik dalam mengawal paras kolesterol LDL. Mengikut kajian yang dilakukan oleh USDA,  teh hitam telah terbukti boleh cara kurangkan kolesterol dalam darah yang terbaik dalam masa 3 minggu sebanyak 10%. Cuba tukarkan coffee latte anda kepada teh hitam seminggu sebanyak dua kali. Anda akan rasa seperti dibrew.

 

Berhenti Merokok

Amatlah berat bunyinya bagi perokok tegar, tapi amatlah baik sebenarnya untuk kesihatan. Merokok ni sebenarnya boleh memburukkan lagi tahap kolesterol anda. Jadilah lebih sihat, positif dan jimat wang anda dengan berhenti merokok.

Jadi marilah segera kita ubah gaya hidup kita agar masa depan kita lebih sihat dan cergas,masa bersama keluarga juga lebih panjang,sebenarnya banyak lagi cara kurangkan kolesterol yang anda boleh amalkan.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *