Info & Cara Rakyat Malaysia Boleh Turunkan Darah Tinggi

Sebanyak 80 peratus daripada seramai 2.8 juta rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap darah tinggi. Ini yang didedahkan oleh Persatuan Hipertensi Malaysia pada 2008. Kini setelah 10 tahun berlalu, statistik tersebut bukan semakin menurun, sebaliknya apa yang pasti semakin ramai menghidap penyakit yang dianggap kronik ini dan ianya amat membimbangkan.Cara pemakanan sudah tentung punca kenapa ramai rakyat Malaysia susah untuk turunkan darah tinggi.

Umur yang muda, tidak pernah mengalami masalah kesihatan dan tidak ada apa-apa simptom adalah antara sebab mengapa ramai yang tidak menyangka mereka menghidap sesuatu penyakit, apatah lagi penyakit seperti darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh golongan berusia.

cara menurunkan kolesterol

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi menandakan kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi pada permulaan bacaan, periksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti 120/80 mmHg. Nombor di atas (120) menunjukkan tekanan darah ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) pula merujuk kepada tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan distolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Jika tekanan darah pesakit terlalu tinggi dan pesakit enggan pula memakan ubat yang telah dinasihatkan oleh doktor, sudah tentu pesakit tidak akan muncul di Unit Kecemasan Hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan badan menjadi lumpuh. Bukan sahaja pengambilan garam yang tinggi, cara hidup yang tidak aktif dan masalah obesiti juga boleh menyumbang kepada penyakit tekanan darah tinggi.

Ada juga yang masih tidak tahu bahawa faktor keturunan adalah salah satu penyebab darah tinggi. Merokok dan pengambilan alkohol juga merupakan penyumbang terbesar pada masalah ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 4.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas adalah perokok dan apa yang lebih membimbangkan, mereka membelanjakan sebanyak RM375 juta sehari bagi aktiviti yang tidak berfaedah itu. Penyakit-penyakit seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan kegagalan fungsi mata adalah komplikasi yang akan dihadapi sekiranya pesakit darah tinggi tidak mengawal tekanan darah dengan baik.

turunkan darah tinggi

Tanda Darah Tinggi

  1. Tekanan darah lebih dari 130/80 selepas mendapatkan tiga kali keputusan angka
  2. Memiliki genetik orang tua dengan darah tinggi
  3. Tidak fokus dan sakit kepala
  4. Kembung perut dan sukar untuk buang air kecil
  5. Penglihatan bertambah parah
  6. Pusing dan kehilangan keseimbangan

Penyebab Tekanan Darah Tinggi

  • Faktor dari keturunan – ternyata salah satu jenis penyakit juga boleh dialami seorang anak kerana faktor keturunan
  • Faktor usia – Usia boleh membuatkan kemungkinan mengalami darah tinggi dengan seiring usia seseorang makin tua dan juga keanjalan pembuluh darah makin berkurang.
  • Faktor jenis kelamin – usia 45 tahun banyak lelaki kemungkinan mengalami penyakit darah tinggi. Namun bagi perempuan adalah diatas 45 tahun.
  • Faktor kurang bergerak – kebanyakkan orang di Bandar kurang bersenam dan terkadang mereka hanya duduk di pejabat sehingga 8 jam.
  • Faktor dari pola makanan yang tidak sihat – mengamalkan makanan yang mengandungi banyak kalori dan gula
  • Faktor dari minuman beralkohol – terlalu banyak mengamalkan minuman beralkohol boleh menyebabkan peningkatan jumlah kadar triliserida yang ada dalam darah.
  • Faktor dari sering mengalami stress – stress memang tidak baik untuk kesihatan dan salah satunya adalah akan mengakibatkan tekanan darah rendah
  • Faktor dari penyakit lain – Jika ada gangguan kerana kesihatan lain yang anda alami sebenarnya dapat menimbulkan penyakit darah tinggi.

Makanan Yang Perlu Dielakkan

  1. Makanan terproses – Makanan terproses mengandungi kandungan garam yang tinggi bagi memastikan rasanya kekal sedap dan kadangkala garam digunakan sebagai pengawet ianya lagi menyukarkan seseorang itu untuk turunkan darah tinggi.
  2. Makanan segera / sejuk beku – makanan segara atau sejuk beku sama juga dengan makanan terproses di mana mempunyai kandungan garam yang tinggi untuk mengekalkan rasanya dan laris untuk dipasarkan.
  3. Serbuk perasa atau perasa tambahan – Serbuk perasa dan perisa tambahan kebiasaannya mengandungi sodium yang sangat tinggi untuk satu sudu teh. Pes masakan juga tidak lari daripada kandungan garam yang tinggi
  4. Sos pencicah dan perasa tambahan – mahu masak ayam goreng kicap, ayam digoreng bersama garam terlebih dahulu, Ditambah pula dengan kicap pekat, Kicap manis. Mahu masak ayam masak merah, sos tomato dan cili digunakan bersama. Masak sayur, sos tiram ditambah ke dalam hidangan. Makan nasi, ulam bercicah budu dan sambal belacan. Kesemua makanan ini mengandungi garam yang tinggi di dalamnya yang menyebabkan tekanan darah sukar dikawal.
  5. Makanan yang diasinkan / jeruk / asam – makanan yang diasinkan tidak dapat lari daripada menggunakan garam yang banyak sebagai bahan pengawet. Hadkan pengambilannya kepada 1-2 kali sebulan sahaja. Elakkan mengambil jeruk atau asam sebagai snek harian.

Cara rawatan tanpa ubatan

  • Kurangkan pengambilan garam mampu turunkan darah tinggi.
  • Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal mampu turunkan darah tinggi.
  • Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan.
  • Berhenti merokok dan pengambilan alkohol juga mampu turunkan darah tinggi.
  • Hindari stress juga mampu turunkan darah tinggi.

Banyak doktor yang menyarankan untuk mereka yang menderita sakit darah tinggi untuk melakukan beberapa jenis tindakan pencegahan dengan tujuan untuk mengurangkan risikonya. Salah satu cara anda untuk mengatasi sakit darah tinggi ini untuk memulai menyesuaikan diri untuk mulai melakukan gaya hidup yang sehat sehingga anda dapat hidup dengan lebih baik.

Dan salah satu tindakan yang harus anda lakukan adalah untuk rajin mulai pengambilan bahan yang terbuat dari bahan semulajadi dan harus mengamalkan makanan yang memiliki kandungan yang dapat mencegah kemungkinan terjadinya tekanan darah tinggi.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *