kolesterol

Abang Sado Ada Ke Tidak Kolesterol?

Ya, anda baca betullah tu. Anda dah bertekad untuk dapatkan bentuk badan sado? Dah bersedia untuk membakar lemak dan membentuk otot anda menjadi lebih cun? Jika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah lebih daripada sekadar  memulakan rutin latihan mengangkat berat.

kolesterol

cara menurunkan kolesterol

Anda perlu menukar diet pemakanan anda juga. Memilih pemakanan untuk sado yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot anda dan juga mengisi zat badan anda selepas senaman.

Makanan atau nutrisi adalah penting sebenarnya kerana seperti kita ketahui, 70% daripada keseluruhan fitness kita datang dari pengambilan makanan, manakala bakinya pula adalah senaman. Bukanlah bermaksud untuk elakkan senaman secara terus (ramai yang komplen kata malas / tiada masa untuk bersenam) namun untuk kita ketahui betapa tebalnya isi perut tu adalah disebabkan pemakanan yang kita ambil.

Jangan harapkan keajaiban berlaku dengan sekelip mata. Jangan harapkan anda boleh dapat bentuk badan yang cantik dan sihat selepas melakukan workout dan jaga pemakanan. Latihan bina badan mengambil masa dan begitu juga dengan tahap kolesterol. Anda perlu fokus dan konsisten dalam melakukan latihan bina badan yang betul untuk cantik luar dan cantik dalam.

Setiap kejayaan perlu kita lalui pelbagai halangan dan rintangan dalam hidup. Dalam membina inpian untuk Berjaya mencapainya bukan sesusah dan semudah yang disangkakan. Perjalanan tersebut kadangkala gagal dan tidak mampu dilaksanakan kerana sikap dan alasan yang menghukum diri kita sendiri.

kolesterol

Metabolisma dipengaruhi oleh otot dan lemak kolesterol?

Ya! Semakin banyak otot-otot yang anda miliki, semakin tinggi metabolisma diri anda. Semakin banyak lemak kolesterol yang anda ada, semakin rendah metabolisma anda. Jadi macam mana nak badan sado kalau kolesterol juga tinggi, ini memberi kesan untuk penghasilan otot-otot.

Metabolisma merupakan satu proses yang dilakukan oleh badan anda untuk menghasilkan tenaga. Tenaga ini diperlukan supaya berlakunya pernafasan, penghadaman, sirkulasi darah, berfikir dan sebagainya.

Diet yang dapat meningkatkan metabolism ialah diet yang tinggi protein. Kerana kajian mendapati tubuh memerlukan tenaga yang banyak untuk proses (menghadam) protein.

Makanan Yang Boleh Di Ambil Untuk Bina Badan

  • Daging, Ayam (tanpa kulit) dan Telur

Daging mengandungi segala apa yang anda perlukan untuk pembinaan/kekalkan jisim otot iaitu protein berkualiti tinggi, zat besi, vitamin B, dan zink. Ayam juga, mengandungi sumber protein yang berkualiti tinggi, serta kekuatan tulang. Dan of course, jika anda hanya goreng atau bakar je, rendah aja nilai kalorinya.

Telur pula, juga mengandungi portein berkualiti tinggi, 9 asid amino yang penting sebagai sumber protein segera (dipanggil BCAA) dan secara jujurnya, sumber protein yang paling berbaloi.

  • Whey Protein

Whey protein sangat popular dikalangan yang kaki fitness (dan bukan sekadar untuk sado tau) kerana ia menyediakan sumber protein pekat, untuk kesan yang segera, sebagai makanan tambahan kepada sumber protein yang diambil dari makanan.

  • Ikan

Ikan merupakan sumber protein yang tinggi, berkualiti, serta mengandungi asid lemak omega-3 yang berguna untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk metabolisme lemak dengan segera.

  • Oat dan Bijirin Penuh

Sumber karbohidrat kompleks yang mudah dan sihat. Bernilai glisemik yang rendah, malah meningkatkan kadar pembakaran lemak. Selain oat, roti gandum dan nasi perang adalah sumber terbaik.

  • Buahan dan Sayuran

Ni obvious dan haruslah kot. Buah dan sayuran mengandungi spektrum nutrisi yang tinggi kandungan antioksidan, serta sumber fiber unuk anda detoks kotoran dan lemak toksin dengan berkesan. Target untuk cukupkan sekurangnya 3 mangkuk sayur dan buahan setiap hari.

Tiroid. Iaitu kelenjar yang berfungsi merembeskan beberapa hormon penting. Hormon yang dihasilkan tersebut menentukan berapa pantas kalori dapat dibakar oleh badan anda. Sebab itu jika kita lihat, pesakit tiroid ada yang terlalu kurus dan terlalu gemuk. Kerana kelenjar tiroid dia ada problem so pembakaran kalori secara automatik akan terganggu.

Apabila kita makan pedas, badan kita akan aktifkan proses yang dikenali sebagai thermogenesis. Proses ini menyebabkan badan kita menghasilkan peluh. Peluh ini terhasil akibat pembakaran banyak kalori terutama dari lemak kolesterol.

Kolesterol ini dapat memberi manfaat terhadap diri anda dalam usaha ‘berjuang’ untuk dapatkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *