HARI RAYA PESTA KOLESTEROL

Kemeriahan Hari Raya dengan pelbagai hidangan makanan bagaikan satu kemestian bagi majoriti umat Islam di negara ini.

Juadah seperti lemang, rendang, ketupat, lontong, kuah kacang dan beraneka jenis kuih yang lazimnya hanya dinikmati ketika Hari Raya, seringkali menjadi tumpuan dan pilihan utama untuk menjamu selera.

cara menurunkan kolesterol

Pendek kata, Hari Rayalah peluang untuk menikmati apa sahaja makanan lebih-lebih lagi apabila bertandang ke rumah saudara-mara yang menyajikan pelbagai jenis juadah.

Ketibaan Syawal setahun sekali juga seringkali dijadikan alasan untuk kebanyakan masyarakat ‘makan tak ingat dunia’, sehingga adakalanya mengabaikan kolesterol dan tahap kesihatan diri.
Pensyarah Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis berkata meskipun Hari Raya disambut meriah dengan pelbagai juadah, ia bukanlah ‘tiket free’ untuk mengabaikan amalan pemakanan sihat sehingga mengabaikan tahap kolesterol kita.

Kita tidak boleh jadikan hari raya sebagai “ tradisi “ untuk melampiaskan nafsu makan kita.Seharusnya kita lebih berhati serta berjaga-jaga setiap apa yang dijamu oleh tuan rumah.

Pengambilan makanan secara tidak terkawal boleh meningkatkan berat badan secara mendadak bahkan menyumbang kepada risiko kolesterol tinggi. Justeru, amalan pengambilan diet dan makanan sihat perlu dititikberatkan kerana ia akan membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik selepas raya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuk pengambilan makanan mengikut saiz hidangan atau dalam kuantiti yang kecil dan memilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

Masyarakat juga perlu memilih makanan yang tinggi serat bagi mengelakkan sembelit, menghadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol serta makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.

Selain itu, buah-buahan perlu dijadikan sebagai pencuci mulut dan memperbanyakkan minum air kosong berbanding minuman berperisa karbonat atau minuman lain yang manis kerana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan.

Peranan tuan rumah

HARI RAYA PESTA KOLESTEROL
gambar hiasan

Tuan rumah juga perlu memainkan peranan dalam memastikan juadah yang dihidangkan kepada tetamu berada dalam lingkungan menu sihat, Tuan rumah disarankan hidang beberapa makanan yang “Zero” kolesterol seperti air kosong kepada tetamu setiap kali waktu makan.

 Selain menu berat seperti lemang,rending dan ketupat.Menu sayuran seperti salad boleh dihidang sekali dengan menu utama ketika makan, tuan rumah juga boleh menghidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Elak makan berlebihan

HARI RAYA PESTA KOLESTEROL


Tips bagi mengelak masyarakat makan berlebihan ketika meraikan lebaran , 5 kumpulan makanan dalam menu diet seharian adalah antara yang perlu dilakukan.

Kumpulan makanan itu terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral.

Sekali lagi, buah-buahan dan sayur-sayuran penting dan tidak boleh diabaikan. Menghadkan pengambilan kalori sebanyak 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama dan 5 gram atau satu sudu teh gula sahaja untuk minuman manis serta bersenam 3 hingga 5 kali seminggu juga perlu diamalkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  berkongsi saranan pengambilan kalori yang sesuai untuk peringkat umur termasuk lelaki dan wanita dewasa berdasarkan Panduan Diet Malaysia, 2010.

Berdasarkan saranan itu, kalori yang sesuai bagi golongan dewasa yang berumur 18 hingga 59 tahun yang mengamalkan cara hidup sedentari adalah 2000 kalori sehari bagi lelaki dan 1500 kalori sehari bagi wanita, ini supaya tahap kolesterol kita sentiasa dalam keadaan terkawal.

cara menurunkan kolesterol

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *